Wednesday, June 24, 2009

AKUKAH YANG BERSALAH?




Malam ini mood yg baik tidak menyebelahi diri ini. kepenatan bekerja luar hari ini merupakan satu faktor penyebab tension, tp ada sesuatu yang membuatkan hati terdetik sehingga terbitnya rasa tension. kenapa di saat pintu hati dibuka ada sahaja halangan. Dugaan begini tidak mampu ku tanggung, aku berusaha sebaik mungkin utk membahagiakan hati sendiri dan hati insan yang mula memberi nyawa kembali pada hati ini yang sekian lama mati sejak di tinggalkan selamanya. kenapa perlu ungkapkan perkara yang belum pasti? kenapa tidak berterus terang? adakah aku yang bersalah? kesetiaan aku di persoal malah aku  di kecam sebagai insan yang tidak boleh di percayai! apa yang aku lakukan?! berterus terang adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan apa jua masalah. Jika ini satu permainan mu, hentikan! jangan kerana kau tidak mampu utk menyemai rasa kasih, sayang, CINTA bersamaku jangan jadikan aku penyebabnya! 
Aku cuba memahami dirimu sedalam mungkin, aku cuba untuk memberi ruang sebesar mungkin agar jalinan ini tersemai dengan indah yang kemudiannya menjadi satu ikatan ABADI yang mana di agungkan oleh semua insan yang mempunyai hati dan perasaan, tapi apa yang aku lakukan semuanya di salah erti, aku cuba untuk berterus terang tapi tidak berguna, aku tidak diberi peluang.
Aku cuma ingin kau mengerti bahawa dalam diri ini sudah terbit rasa kasih, sayang dan CINTA untuk dirimu dan aku inginkannya berpanjangan dan tumbuh mekar selamanya.
SALAHKAH AKU?!

-JePP-
Home Sweet Home
2221pm

1 comment:

Frid Firdaus said...

Dalam kehidupan sukar untuk kita terima pembohongan. Akan tetapi jika kita berterus terang juga bukan mudah untuk manusia lain terima. Diri ini percaya bukan mudah untuk kita meluahkan isi
hati seterusnya berterus terang pada insan lain. Namun kerana perasaan kasih dan sayang kita gagahi jua. Bukan mudah untuk berterus terang dan bukan mudah juga untuk terima akibat dari berterus terang. Tabahkan hati dan jangan sekali ada perasaan berputus asa. Kebahagian menanti mu mungkin di jalan sana.