Thursday, December 10, 2009

CINTA


Kata dian ADA APA DENGAN CINTA?

CINTA ITU INDAH
apabila ianya mekar semekar mawar merah yang membara seperti di dalam hati sang pencinta yg cintanya terbalas.

CINTA BUTA
Kata orang cinta itu buta, benarkah?
mungkin benar kerana prosanya sahaja sudah membikin hati gundah gelisah tidak keruan di tambah lagi dengan perasaan rindu yang menebal di dalam hati sehinggakan ada yang berkata sesak bagaikan mahu pecah dada. BENARKAH?

CINTA ITU ANUGERAH
Ya cinta itu anugerah pada yang merasainya tp pada yang tidak merasainya bagaimana? tipu jika ada manusia yang tidak pernah merasai cinta cuma mungkin berbeda rasa cintanya, cinta pada teman, cinta pada kekasih, cinta pada tuhan, cinta pada ibu bapa, cinta pada keluarga, cinta pada haiwan, cinta pada semua yang di cintai..

CINTA ITU KETAWA DAN AIRMATA
ketika hangat pastinya bahagia dan hari-hari pastinya ketawa riang kerana kehadiran cinta, tetapi sesekali akan mengalir airmata, mungkin kerana memendam cinta, memendam rindu teramat dalam yang hanya diri dan tuhan sahaja yang tahu atau di belakangi cinta?

CINTA ITU PENYERI
penyeri jika ianya benar-benar cinta, ketika cinta bersinar pasti akan berseri tanpa perlu di tunjuk-tunjuk pasti akan terbit serinya itu tanpa di suruh kerna hati tidak berbohong, apa saja yang terbisik dihati pasti akan terbit di wajah tanpa perlu di paksa. semua pastinya mengerti.

CINTA ITU PEMISAH
apabila cinta tidak lagi berseri, bersinar, membara pasti akan menjadi pemisah kepada sesuatu perhubungan, mungkin ada yang tidak tetapi sedikit sebanyak pasti menjadi pemisah.

Yang pasti hanya Kita insan yang di beri keistimewaan berakal yang tahu menghargai cinta tanpa perlu di suruh, di paksa.
hanya kita yang bisa memberi erti cinta dan hanya kita yang boleh berikan jawapan ADA APA DENGAN CINTA!

-JePP-
Home sweet Home
10 Disember 2009
1138pm.

Sunday, October 25, 2009



Malam yang mendamaikan ini aku termenung sendirian di kamarku, merenung kerlipan bintang-bintang di langit yang bertaburan seolah-olah melambai-lambai kepadaku. Indahnya ciptaan Tuhan bisik hatiku.

Malam yang dingin tanpa aircond yang terpasang cukup membuat perasaanku rindu padanya. Angin sepoi-sepoi bahasa Banjaran Titiwangsa, sepertinya faham perasaan rinduku. Ingin ku bisikan pada angin untuk menyampaikan salamku kepadanya dan akan ku kabarkan pada bulan betapa cintaku milik dia seorang.

Kedengaran tiupan sexophone Dave Coz mengalunkan lagu "If only for one night" dari corong mini-hifiku membuat malamku resah. Gelisah terbayangkan wajahnya yang comel itu. Mindaku jauh melayang tanpa haluan. Buku yang kupegang ku letakkan di atas meja. Malas pula untuk aku membacanya. Di saat-saat ini, alangkah seronoknya sekiranya dia ada disisiku. Di atas Vono empuk bersamaku. Akan ku usap dan belai rambutnya, ku peluk manja dirinya, ku kucup bibirnya dan melihat terus dalam hatinya melalui matanya. Akan aku bisikan kata-kata cinta ditelinganya...tentu dia tersenyum gembira.

Aku tahu, tiada cinta yang lebih agung selain dari cinta kepada Yang Maha Kuasa. Namun cinta sesama manusia sangat penting kerana cinta mengisi kekosongan hati. Aku berdoa dan berharapkan agar ketulusan dan kasih sayang yang terjalin di antara diriku dan dia tiada siapa yang dapat menghalangnya. Sayang, akan ku cintai dirimu seadanya dan seiklasnya selagi nafasku tiada berhenti. Aku sayang kamu!

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

-JePP-
Home Sweet Home
21:20
25 october 2009

Hati

Ketika dan saat diri ini telah dimiliki, kau hadir ke dalam hati untuk cuba mengisi hati yang telah di isi dengan kasih sayang dan cinta. Dugaan apakah ini apabila kau hadir untuk mencuba nasib untuk mengisi hati yg telah menjadi milik seseorang yang bergelar kekasih. Namun kau tidak jemu dalam memenangi apa yang di hajati walaupun kau tahu hati yang kau hajati ini telah mempunyai Pemiliknya.
Ku tak mampu menepis dugaan yang hadir, dalam kenaifan diri aku tewas menjaga hati dan perasaan yg sepatutnya, namun ku akui hati ini masih mempunyai pemiliknya lalu ku cuba melawan segala yang melanda, akhirnya ku bertekad di dalan hati apa yang terjadi semuanya ketentuan ILAHI dan ku takkan berpaling, Namun dalam pada ku menggenggam tekad ku hati berbisik dengan apa yang ada dalam diri.
Ku akui hati masih tidak akan berpaling tetapi ingatan tetap terpahat dengan keikhlasan dirimu, lalu ku cuba kuat untuk menyatakan segalanya padamu. ku tempuh segala macam dugaan dalam mempertahankan nekadku dan kau?
Kau terlalu baik untuk diriku, kau cukup kuat dalam mengharungi perasaan itu, aku? aku bagaikan terkesima di dalam dilema. mungkin takdir telah menyatakan bahawa aku tidak layak buat dirimu. Dengan rasa penuh rendah diri aku ku mohon padamu untuk tidak meneruskan niat hatimu, niat hatimu terlalu suci. akhirnya kau menerima dengan hati terbuka bahawa sesungguhnya kita akan bersama tetapi bukan sebagai pasangan kekasih. dan kini kita telah menjadi sahabat yang melebihi sahabat tetapi tidak melebihi dari pasangan yang berkasih. perkataan apakah yang sesuai untuk mencerminkan atau menceritakan tentang hubungan itu??
aku buntu, yang pasti aku dan kau yang tahu.
kepada 'kau' yang terlalu istimewa buatku hanya satu yang ku mahu ajukan..
Jika di suatu ketika nanti diriku telah dibiarkan lemas, tenggelam dan ditinggalkan di dalam dunia yang hanya kita yang tahu ini, Apakah kau akan menarik tanganku kembali berdiri bersama semua yang ada dan berada di sisimu?
Apakah aku mementingkan diri memasang strategi untuk terus berada di dalam dunia itu??
yang pasti kenangan itu tidak akan pernah luput dr ingatanku.

-JePP-
Home sweet home
KDN, Grik.
25 october 2009
20:56

Saturday, June 27, 2009

Untuk kesekian kalinya...



Setelah berfikir, muhasabah diri keputusan telah di bulatkan NEKAD! aku tidak akan mudah utk menerima sesiapa lagi dalam hidup ini. Biarlah takdir TUHAN yang menentukannya. Untuk menerima sesuatu yang baru mungkin susah tapi setelah ianya di terima kenapa perlu banyak halangan dan dugaan, hati di permainkan sewenangnya, tidak adakah sekelumit perikemanusiaan di hati mereka? Kenapa perlu mempermainkan hati ini setelah semuanya terang dan nyata?
terkenang di saat diri di lingkungi dan dilimpahi Kasih, Sayang dan CINTA yang tidak berbelah bahagi. Betapa diri ini merasakan paling bertuah hidup di dunia yang penuh dengan kekusutan. Tapi sekarang tidak, rasa itu telah dibawa pergi bersama dirinya utk selamanya. Yang tinggal hanyalah kenangan yang tak mungkin berulang. kerana sekali cinta aku tetap cinta.

-JePP-
Home sweet Home
0154am

Wednesday, June 24, 2009

AKUKAH YANG BERSALAH?




Malam ini mood yg baik tidak menyebelahi diri ini. kepenatan bekerja luar hari ini merupakan satu faktor penyebab tension, tp ada sesuatu yang membuatkan hati terdetik sehingga terbitnya rasa tension. kenapa di saat pintu hati dibuka ada sahaja halangan. Dugaan begini tidak mampu ku tanggung, aku berusaha sebaik mungkin utk membahagiakan hati sendiri dan hati insan yang mula memberi nyawa kembali pada hati ini yang sekian lama mati sejak di tinggalkan selamanya. kenapa perlu ungkapkan perkara yang belum pasti? kenapa tidak berterus terang? adakah aku yang bersalah? kesetiaan aku di persoal malah aku  di kecam sebagai insan yang tidak boleh di percayai! apa yang aku lakukan?! berterus terang adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan apa jua masalah. Jika ini satu permainan mu, hentikan! jangan kerana kau tidak mampu utk menyemai rasa kasih, sayang, CINTA bersamaku jangan jadikan aku penyebabnya! 
Aku cuba memahami dirimu sedalam mungkin, aku cuba untuk memberi ruang sebesar mungkin agar jalinan ini tersemai dengan indah yang kemudiannya menjadi satu ikatan ABADI yang mana di agungkan oleh semua insan yang mempunyai hati dan perasaan, tapi apa yang aku lakukan semuanya di salah erti, aku cuba untuk berterus terang tapi tidak berguna, aku tidak diberi peluang.
Aku cuma ingin kau mengerti bahawa dalam diri ini sudah terbit rasa kasih, sayang dan CINTA untuk dirimu dan aku inginkannya berpanjangan dan tumbuh mekar selamanya.
SALAHKAH AKU?!

-JePP-
Home Sweet Home
2221pm

Tuesday, June 23, 2009

KENANGAN MENGUSIK KALBU





Tetiber waktu2 mcm ni teringat lak kenangan indah bersama sidia.. diam xdiam da lebih setahun aku di tinggalkan sidia buat selamanya.. 8 tahun bersama tetiber di pisahkan tanpa kehendak diri masing-masing, di pisahkan oleh dua alam yg berbeza, satu persatu kenangan indah yg telah di ukir bersama menjelma, bermula dr awal perkenalan, mengenali hati budi, memulakan bibit-bibit kasih sayang, menganyam cinta dan kasih bersama, membina ikatan yg bahagia, mencipta sebuah ikatan kasih, sayang, cinta hinggalah ke detik yg semua insan di dunia tidak ingin melaluinya walaupun memang hukum alam telah meletakkan syaratnya. walau apapun aku terima dengan Redha ketentuan ILAHI, takdir telah di tentukan aku tidak bersamanya lagi.

Tapi ketika dan saat ini, aku masih rasakan kehangatan kasih, sayang dan cinta yg telah di hulurkan xprnah luntur malah semakin kuat utk meneruskan hidup tanpa si dia di sisi. Hidup mesti di teruskan. yang pergi takkan kembali, yang masih bernyawa perlu meneruskan hidup, semua itu dugaan yg di berikan oleh yang MAHA KUASA. Dengan dugaan itu membuatkan aku lebih tabah menjalani kehidupan seharian.

Setelah setahun leb ih ditinggalkan pergi, bkan tidak terlintas di hati utk mencari pengganti tapi perasaan Kasih, Sayang dan CINTA masih utuh di hati, untuk mencari pengganti mungkin tidak tetapi jika untuk duduk setaraf di hati mungkin YA. setelah semua itu di lalui hati menjadi takut utk menerima kasih, sayang dan CINTA dari yang lain, takut? ya takut kerana perasan itu akan melenyapkan semua kenangan terindah yang telah di cipta. persoalannya, adakah insan yg bakal singgah di hati boleh menerima aku yang masih melihat kenangan silam yg indah? siapa yang sanggup bila melihat orang yang disayangi memikirkan orang lain walaupun orang itu sudah tidak wujud di dunia ini? Aku PASRAH dalam ketentuan ILAHI.

sekarang, telahku bukakan Hati ini utk sesiapa yg mampu menakluki hati ini seperti dirinya, bukan bermaksud untuk membandingkan antara dia dan yang bakal singgah di hati tapi hati meronta untuk mendapat setaraf atau mungkin lebih.. NO BODY PERFECT!

Percayalah sayang aku tidak pernah menduakan kasihmu, kau tetap bertakhta di hati walau apapun yang terjadi. sehingga kini malam-malamku ditemani oleh mu. tanpa sedikit pun kurang. percayalah sayang! satu sahaja yang kau perlu tahu I MISS U SO MUCH!! 

OMG,  berikan aku kekuatan dalam meneruskan kehidupan ini tanpa dirinya disisiku lagi...


-JePP-
Home Sweet Home,
2238pm



Monday, June 22, 2009

Learn to LOVE again

When you love someone and the relationship ends it hurts. And if a relationship ends suddenly, or if you were betrayed in some way, it can seem as if you'll never be able to love again.

Too much of a risk?

People often say that learning to trust again is getting over the feeling that if you get too close then love will be snatched away again.

To love we have to give of ourselves and that can feel like taking a big risk.

But not loving means a life without intimacy so which is the bigger risk?

You can love again

You can love again and the beauty of love is that you love people in different ways and you love different things about them.

It's a wonderful feeling when you realize you've fallen in love again and memories of the old love can still be special but they no longer prevent you from finding new happiness.

Your special gift

When you love someone you give them a special gift. What people choose to do with your gift is down to them. Part of a new relationship is working out how worthy your new partner is to receive your 'special gift'. Of course this means relaxing and allowing the time for the relationship to progress and develop.

-JePP-
Home Sweet Home
1218am