Setelah berfikir, muhasabah diri keputusan telah di bulatkan NEKAD! aku tidak akan mudah utk menerima sesiapa lagi dalam hidup ini. Biarlah takdir TUHAN yang menentukannya. Untuk menerima sesuatu yang baru mungkin susah tapi setelah ianya di terima kenapa perlu banyak halangan dan dugaan, hati di permainkan sewenangnya, tidak adakah sekelumit perikemanusiaan di hati mereka? Kenapa perlu mempermainkan hati ini setelah semuanya terang dan nyata?
terkenang di saat diri di lingkungi dan dilimpahi Kasih, Sayang dan CINTA yang tidak berbelah bahagi. Betapa diri ini merasakan paling bertuah hidup di dunia yang penuh dengan kekusutan. Tapi sekarang tidak, rasa itu telah dibawa pergi bersama dirinya utk selamanya. Yang tinggal hanyalah kenangan yang tak mungkin berulang. kerana sekali cinta aku tetap cinta.
-JePP-
Home sweet Home
0154am
2 comments:
setiap kasih diberi penuh keikhlasan nescaya akan dapat keikhlasan dari insan yang benar-benar mampu menerima setiap perincian diri dan kehidupan kita. Mungkin tidak keterlaluan untuk kita masih membuka diri demi kasih, sayang mahupun cinta. Jangan sehingga cinta suci datang pada kita tapi kita masih belum mampu terima cinta atas alasan hati belum dibuka. Sekali ia datang sukar untuk kembali. Berilah peluang pada diri sendiri. Hanya diri yang memahami. Cinta dulu tetap mekar di hati, cinta sekarang tidak mampu berbunga jika belum dibuka hati.
ermmm.. speechless.. :(
Post a Comment