Thursday, December 10, 2009

CINTA


Kata dian ADA APA DENGAN CINTA?

CINTA ITU INDAH
apabila ianya mekar semekar mawar merah yang membara seperti di dalam hati sang pencinta yg cintanya terbalas.

CINTA BUTA
Kata orang cinta itu buta, benarkah?
mungkin benar kerana prosanya sahaja sudah membikin hati gundah gelisah tidak keruan di tambah lagi dengan perasaan rindu yang menebal di dalam hati sehinggakan ada yang berkata sesak bagaikan mahu pecah dada. BENARKAH?

CINTA ITU ANUGERAH
Ya cinta itu anugerah pada yang merasainya tp pada yang tidak merasainya bagaimana? tipu jika ada manusia yang tidak pernah merasai cinta cuma mungkin berbeda rasa cintanya, cinta pada teman, cinta pada kekasih, cinta pada tuhan, cinta pada ibu bapa, cinta pada keluarga, cinta pada haiwan, cinta pada semua yang di cintai..

CINTA ITU KETAWA DAN AIRMATA
ketika hangat pastinya bahagia dan hari-hari pastinya ketawa riang kerana kehadiran cinta, tetapi sesekali akan mengalir airmata, mungkin kerana memendam cinta, memendam rindu teramat dalam yang hanya diri dan tuhan sahaja yang tahu atau di belakangi cinta?

CINTA ITU PENYERI
penyeri jika ianya benar-benar cinta, ketika cinta bersinar pasti akan berseri tanpa perlu di tunjuk-tunjuk pasti akan terbit serinya itu tanpa di suruh kerna hati tidak berbohong, apa saja yang terbisik dihati pasti akan terbit di wajah tanpa perlu di paksa. semua pastinya mengerti.

CINTA ITU PEMISAH
apabila cinta tidak lagi berseri, bersinar, membara pasti akan menjadi pemisah kepada sesuatu perhubungan, mungkin ada yang tidak tetapi sedikit sebanyak pasti menjadi pemisah.

Yang pasti hanya Kita insan yang di beri keistimewaan berakal yang tahu menghargai cinta tanpa perlu di suruh, di paksa.
hanya kita yang bisa memberi erti cinta dan hanya kita yang boleh berikan jawapan ADA APA DENGAN CINTA!

-JePP-
Home sweet Home
10 Disember 2009
1138pm.

5 comments:

Khai a.k.a Inche' Dean said...

CINTA INI MEMBUNUHKU (D'Masiv) kerana sudah TERLANJUR CINTA (Rossa & Pasha)..

DEMI CINTA (kerispatih) sanggup ku korbankan kerna cintaku BUKAN CINTA BIASA (Afghan)...

Jepp said...

jika berkata tentang cinta semuenye indah.. lalui dan rasakan nya..
ku percaya ada cinta.

flyz said...

biasala kisah sedih buat kita BENGANG(AKIM) namun MASIH JELAS(HAFIZ) cinta itu masa wujud, KU PERCAYA ADA CINTA(ct) itu mampu dan masih boleh membuatmu mungungkap AKU CINTA PADAMU(ct) sekali lagi..

Hu..hu..

Jepp said...

cinta selalu menipu seperti pandangan mata. pandangan mata selalu mata, pandangan hati adalah pandangan hakiki.. ku xpercaya cinta(liana jasmay)

flyz said...

PASRAH(ERa Fazira),pilihla jalan untuk JATUH CINTA LAGI(matta) kerana spt LELAKI INI(anuar Zain) sudah tiada lagi.