Banyaknya pengertian cinta bagi orang-orang yang melalui detik-detik cinta. Dalam suka ada duka, dalam bahagia ada derita. Kesetiaan mengikat segala makna pengorbanan. Sanggup berkorban apa sahaja untuk orang-orang yang dicintai. Andai tak mampu berkorban seperti yang seharusnya, adakah bermakna cinta itu sudah tiada dan berkurangan? Atau adakah hanya sekadar dugaan untuk mengikat kesetiaan dan cuba saling memahami dan menghormati hak diri insan-insan yang mencintai dan dicintai?
Cinta bermula dari rasa suka. Bila hati rasa gembira dan berbunga riang tatkala menggambarkan segala yang disukai. Dari rasa suka terrdetik rasa kesenangan dan ketenangan setiap mengenangkan segala yang disukai. Seakan masa pun berhenti bergerak agar ketenangan itu tidak berakhir terlalu cepat. Mimpi indah di malam hari. Menginginkan mimpi jadi kenyataan, rasa rindu mula bercambah. Harapan mula menggunung. Mengharapkan pengakhiran yang terbaik dan membahagiakan. Itukah cinta?
Sampai ketikanya, cinta bukanlah sekadar segala kesenangan dan mimpi-mimpi indah. Cinta menuntut pengertian sebuah pengorbanan. Dalam payah berkorban jiwa dan perasaan. Bukan untuk dihargai tetapi memadailah yang dicintai bahagia. Pada akhirnya pengorbanan itu bisa membuahkan bahagia tak terucap. Acap kali berkorban sehingga kesetiaan bersemi tanpa disedari.
Lantas cinta itu apa. Puas dirobek segala makna erti kasih sayang. Rupanya belum cukup merindui dan dirindui. Cinta bukanlah sedalam mana perasaan sayang yang dipunyai pada awalnya tetapi sehingga bila perasaan itu mampu bertahan. Beratnya pekerjaan cinta kerana amanah dan perjanjian hati yang terpikul memerlukan keperibadian yang teguh. Akhirnya mengapakah begitu mudah sekali melafazkan cinta. Bukankah cinta itu satu keputusan hati?
Aku terima kamu seadanya
No comments:
Post a Comment