Saturday, January 22, 2011

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.




Bagaikan tidak percaya bila sahabat mengkhianati sahabat. entri aku kali ini yang sekian lama aku tinggalkan blog yang bukan setakat berhabuk, bersawang tapi dah macam kitab lama yang terpinggir dibiarkan tanpa peduli. ecehhh.. bermadah lak.. ~~hik hik hik. berkisahkan seorang sahabat yang sgt rapat tp mempunyai sifat yang tidak disenangi iaitu MENCURI.

Harapkan pagar, pagar makan padi, kawan makan kawan, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan mana2 peribahasa atau perumpamaan yang seangkatan dengannya, itulah yang boleh aku gambarkan terhadap seorang sahabat, teman, karib, kawan yang sorang ni.

Kisah bermula apabila seorang sahabat aku yang dikenali bernama biarlah aku namakan sebagai 'M' sahaja. kehilangan duit sebanyak 3 kali. Pada kali pertama sebanyak RM800. yang kedua bukan setakat duit tapi HP yang xberapa mahal pun leh hilang. Yang ketiga sebanyak RM153. klu dilihat pada jumlah keseluruhan xde la banyak pun tp kami kawan2 amat terkilan bila dapat tau yang menjadi pencuri adalah sahabat kami sendiri, walhal sahabat itu merupakan teman paling akrab 'M'.

Pada mulanya 'M' tidak mengesyaki kawan2 yang selalu bersama, sebelum itu biar aku cerita keadaan sebenar, 'M' memiliki sebuah perniagaan butik pengantin yang diusahakan sendiri. Butik 'M' la tempat kami melepak setiap hari, untuk bergossip sambil makan2, ( bukan mengumpat :P )boleh dikatakan setiap hari kami semua dinner bersama. Aku pula selalu ke Butik 'M' sebab aku sendiri ada buat free lance utk kad kawen, banner, bunting etc. (design je la tu pun kadang bagi member buat :P ). ok berbalik pada cerita asal, selepas kejadian mencuri berulang sebanyak 3kali 'M' jadi tidak puas hati, yang peliknya hanya barang dan duit 'M' seorang je yang hilang sedangkan kami selalu ada bersama 'M', nak kata 'M' show off duit or barang2 die x la pulak, kawan2 yang lain pun berduit gak (bkn beruang yer. :P). kejadian mencuri tu berlaku apabila kami semua bersama 'melepak' itu yang membuatkan kami semua rase pelik dan menimbulkan mcm2 syak wasangka, biasa la Melayu@manusia kam tak sikit sebanyak terfikir gak tentang perkara2 yang membabitkan ilmu2 yang hitam tuh. Pada mulanya kami fikir mungkin ada orang yang nk sabotaj 'M'. Almaklumlah perniagaan 'M' boleh dikatakan maju walaupun tak sampai setahun memulakan perniagaan. Akhirnya kesabaran 'M' Memuncak untuk mengetahui siapa yang menjadi dalang sebenar, kebetulan salah seoran dari kami ada menceritkan tentang kejadian ini pada maknya. Maknya mencadangkan untuk pergi kepada seorang yang berilmu tentang perkara2 yang berkaitan ilmu alam ghaib ni. (bukan bomoh yer, khurafat tuh) pada mulanya aku sendiri kurang setuju sebab aku takut terpesong akidah. (baiklah sgt aku ni kannn ;P), setelah berbincang kami sepakat bersetuju untuk pergi berjumpa dengan seorang orang tua ni ymg dikenali dengan panggilan 'wak jo'. kebetulan sahabat yang dikatan tu xde sbb balik ke kampung.

Setelah tiba dirumah Wak Jo, 'M' menceritakan dari A-Z. lalu Wak Jo bertanya mahu dilakukan bagaimana, kami berbincang dan mencapai kata sepakat supaya orang yang berkenaan memulangkan semula barang dan duit yag telah 'diambil' dan memohon maaf kepada kami secara amnya dan khususnya kepada 'M'. Dan kami juga bersepakat tidak menyakiti orang tersebut. Apabila Wak Jo bagi 'hint' orang mencuri tu mcm mana, kami semua amatlah terkejut dan serasakan bagaikan tidak percaya!

Sekembalinya kami dari orumah wak jo, kami semua mendiamkan diri, ye lah sapa yang nk percaya klu yang membuat onar adalah sahabat sendiri dan meliha dari rupa, profession langsung tidak menggambarkan ciri2 seorang pencuri. hurmmmm. Akhirnya kami berbincang antara kami dan mencapai satu kata putus yang membuatkan aku rasa bangga dan bertuah mempunyai sahabat2 seperti mereka, kami sepakat untuk melupakan kejadian dan tidak akan memutuskan silaturrahim yang terbina antara kami dan dia. cuma 'M' sendiri ingin bertanya kenapa dia sanggup melakukan perkara tersebut kepada 'M' sedangkan 'M' banyak membantu dia.

Apa yang ingin aku katakan, aku sendiri sgt2 tidak percaya dan tidak dapat memikir kenapa sahabat yang seorang ni tega melakukan hal sedemikian terhadap sahabat yang boleh dianggap sebagai saudara sendiri. Padaku persahabatan yang terbina antara kami tidak terjejas sedikit pun walaupun perkara begini berlaku. Aku bangga kerana menjadi sebahagian dari persahabatan ini. Terima kasih Ya Tuhan Rabul Alamin.

p/s : betul kata orang sahabat lebih penting dari kekasih. (jgn salah faham kekasih pun pentin gak tapi dalam keadaan yang tertentulah. ;P)

Busana Teratak Kasih
9:12:37 AM
22/01/2011.


No comments: