Tuesday, June 23, 2009

KENANGAN MENGUSIK KALBU





Tetiber waktu2 mcm ni teringat lak kenangan indah bersama sidia.. diam xdiam da lebih setahun aku di tinggalkan sidia buat selamanya.. 8 tahun bersama tetiber di pisahkan tanpa kehendak diri masing-masing, di pisahkan oleh dua alam yg berbeza, satu persatu kenangan indah yg telah di ukir bersama menjelma, bermula dr awal perkenalan, mengenali hati budi, memulakan bibit-bibit kasih sayang, menganyam cinta dan kasih bersama, membina ikatan yg bahagia, mencipta sebuah ikatan kasih, sayang, cinta hinggalah ke detik yg semua insan di dunia tidak ingin melaluinya walaupun memang hukum alam telah meletakkan syaratnya. walau apapun aku terima dengan Redha ketentuan ILAHI, takdir telah di tentukan aku tidak bersamanya lagi.

Tapi ketika dan saat ini, aku masih rasakan kehangatan kasih, sayang dan cinta yg telah di hulurkan xprnah luntur malah semakin kuat utk meneruskan hidup tanpa si dia di sisi. Hidup mesti di teruskan. yang pergi takkan kembali, yang masih bernyawa perlu meneruskan hidup, semua itu dugaan yg di berikan oleh yang MAHA KUASA. Dengan dugaan itu membuatkan aku lebih tabah menjalani kehidupan seharian.

Setelah setahun leb ih ditinggalkan pergi, bkan tidak terlintas di hati utk mencari pengganti tapi perasaan Kasih, Sayang dan CINTA masih utuh di hati, untuk mencari pengganti mungkin tidak tetapi jika untuk duduk setaraf di hati mungkin YA. setelah semua itu di lalui hati menjadi takut utk menerima kasih, sayang dan CINTA dari yang lain, takut? ya takut kerana perasan itu akan melenyapkan semua kenangan terindah yang telah di cipta. persoalannya, adakah insan yg bakal singgah di hati boleh menerima aku yang masih melihat kenangan silam yg indah? siapa yang sanggup bila melihat orang yang disayangi memikirkan orang lain walaupun orang itu sudah tidak wujud di dunia ini? Aku PASRAH dalam ketentuan ILAHI.

sekarang, telahku bukakan Hati ini utk sesiapa yg mampu menakluki hati ini seperti dirinya, bukan bermaksud untuk membandingkan antara dia dan yang bakal singgah di hati tapi hati meronta untuk mendapat setaraf atau mungkin lebih.. NO BODY PERFECT!

Percayalah sayang aku tidak pernah menduakan kasihmu, kau tetap bertakhta di hati walau apapun yang terjadi. sehingga kini malam-malamku ditemani oleh mu. tanpa sedikit pun kurang. percayalah sayang! satu sahaja yang kau perlu tahu I MISS U SO MUCH!! 

OMG,  berikan aku kekuatan dalam meneruskan kehidupan ini tanpa dirinya disisiku lagi...


-JePP-
Home Sweet Home,
2238pm



3 comments:

Khai a.k.a Inche' Dean said...

apa yg telah terjadi semuanya ditentukan oleh Maha Kuasa.. kite tidak boleh lari ape yg telah ditetapkan..mmg sungguh mulia cinta, kasih dan sayang awak padanya..tapi jgnlah menghukum diri utk tidak bercinta lagi..cintailah dia yang mencintai kamu..dan saya percaya, walaupun tidak seperti dia, ada juga insan2 yg boleh beri kasih, sayang dan cinta utk awak..hidup mesti diteruskan.. :)

Jepp said...

khai sy redha, yup life must go on..
LEARN TO LOVE AGAIN! i will... :)

Frid Firdaus said...

Dengan keikhlasan hati, kasih, sayang, cinta dalam perhubungan tak mungkin kita lupa walau dalam sesaat. Mustahil kita tetinggal kenangan bersama. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Yang berlaku itu juga adalah ketentuanNya. Bagi peluang untuk diri sendiri kerana setiap individu berhak mendapat peluang dan kehidupan mereka sendiri. Kenangan tetap kenangan. Bina yang baru berdasarkan kasih dan sayang yang ikhlas. Nescaya kita jumpa siapa yang ikhlas dengan kita. Fahami diri kita dan orang yang mungkin ada untuk kita.

Frid