Sunday, October 25, 2009

Hati

Ketika dan saat diri ini telah dimiliki, kau hadir ke dalam hati untuk cuba mengisi hati yang telah di isi dengan kasih sayang dan cinta. Dugaan apakah ini apabila kau hadir untuk mencuba nasib untuk mengisi hati yg telah menjadi milik seseorang yang bergelar kekasih. Namun kau tidak jemu dalam memenangi apa yang di hajati walaupun kau tahu hati yang kau hajati ini telah mempunyai Pemiliknya.
Ku tak mampu menepis dugaan yang hadir, dalam kenaifan diri aku tewas menjaga hati dan perasaan yg sepatutnya, namun ku akui hati ini masih mempunyai pemiliknya lalu ku cuba melawan segala yang melanda, akhirnya ku bertekad di dalan hati apa yang terjadi semuanya ketentuan ILAHI dan ku takkan berpaling, Namun dalam pada ku menggenggam tekad ku hati berbisik dengan apa yang ada dalam diri.
Ku akui hati masih tidak akan berpaling tetapi ingatan tetap terpahat dengan keikhlasan dirimu, lalu ku cuba kuat untuk menyatakan segalanya padamu. ku tempuh segala macam dugaan dalam mempertahankan nekadku dan kau?
Kau terlalu baik untuk diriku, kau cukup kuat dalam mengharungi perasaan itu, aku? aku bagaikan terkesima di dalam dilema. mungkin takdir telah menyatakan bahawa aku tidak layak buat dirimu. Dengan rasa penuh rendah diri aku ku mohon padamu untuk tidak meneruskan niat hatimu, niat hatimu terlalu suci. akhirnya kau menerima dengan hati terbuka bahawa sesungguhnya kita akan bersama tetapi bukan sebagai pasangan kekasih. dan kini kita telah menjadi sahabat yang melebihi sahabat tetapi tidak melebihi dari pasangan yang berkasih. perkataan apakah yang sesuai untuk mencerminkan atau menceritakan tentang hubungan itu??
aku buntu, yang pasti aku dan kau yang tahu.
kepada 'kau' yang terlalu istimewa buatku hanya satu yang ku mahu ajukan..
Jika di suatu ketika nanti diriku telah dibiarkan lemas, tenggelam dan ditinggalkan di dalam dunia yang hanya kita yang tahu ini, Apakah kau akan menarik tanganku kembali berdiri bersama semua yang ada dan berada di sisimu?
Apakah aku mementingkan diri memasang strategi untuk terus berada di dalam dunia itu??
yang pasti kenangan itu tidak akan pernah luput dr ingatanku.

-JePP-
Home sweet home
KDN, Grik.
25 october 2009
20:56

No comments: