arini firstday aku wat blog, sebenarnya xtau sgt nk tulis ape kat sini, ni semua galakan dr kwn aku si Alex, Mr Alex, awak jgn kutuk blog saya ok.. huhuhu
dr umah aku g taiping driver dtg amik pukul 7.00am sampai kat taiping lebih kurang pukul 9.00am, semua ahli yg terlibat ngn meetinng da smpai cume aku je yg lewat skit, tp xpe dorg faham sebb daerah aku yang paling jauh, meeting ni sebenarnya rancangan untuk mengadakan Kem PINTAR bg budak2 sekolah rendah target untuk pelajar darjah 5. Kem tu di rancang berjalan pada 16-18 jun 2008 mg dpn la.. tp ni meeting yg kedua untuk mendapat kat 'final decision' melantik AJK2 yg sepatutnya..
Akhirnya aku ditugaskan memberi ceramah utk pelajar2 ni yang berkaitan ngn penyalahgunaan dadah, aku terima 2 tugasan, yang pertama td kene bg speech yg kedua lak aku kene jadi pengacara majlis untuk acara penutup yang akan di adadakan dengan penuh gilang gemilang, almaklumlah ini adalah tahun akhir Program untuk pelajar sekolah.
Aku bukannya tak nak jadi Pengacara Majlis cuma nk bagi ruang pada orang yg baru berkhidmat tapi nk buat macam mana klu dah sebulat suara ahli majlis nak kan aku jadi Pengacara Majlis pada hari penutupan Kem nnti, Insyallah aku akan buat yang terbaik demi menjaga reputasi aku sebagai seorang pegawai yang Berkaliber... Ahaks!
nampaknye aku kene la prepare slot2 ceramah yang aku nk bg nnti. mase yang d peruntukan 2jam, hmm,.. xkan aku nk gune slot yang lame, xpe demi untuk membanteras dadah aku akan memerah otak untuk membuat yang terbaik, Insyallah.
Pada Ahli Majlis terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk meng'oganize'kan Kem PINTAR 2008 peringkat Zon Utara Negeri Perak. aku akan lakukan yang terbaik. wah semangat la pulak. huhuhuhu...
habis meeting je tadi ade jamuan makan tengahari. habos makan je aku pun terus ajak driver balik pejabat. sepanjang perjalanan aku tido. letih sgt kot. hehehe.
sampai je aku minta driver hantar kat rumah sebab aku lum solat lagipun nk mandi dulu sebab badan dah rasa melekit. Sampai kat umah lebih kurang pukul 3.00pm. rehat kejap pastu mandi dan solat. selesai solat aku terus bersiap nk masuk pejabat balik.
masuk pejabat terus aku bincang dengan staff yang lain tentang Kem PINTAR tu. tak ade ape yang aku nk risaukan sangat staff kat sini semuanya 'talented n commited'. senang keje. hehehe
berbangga aku ade staff mcm ni..
esok satu hari lagi akan aku tempoh dalam mencari kebahagian yang hakiki.
hati selalu berbisik sampai bile aku akan macam ni.. dan hanya hati yang mempunyai jawapannya tapi xdapat diluahkan dengan kata-kata.
Ya Allah tenangkan hati hambamu ini,
Berikan lah kebahagiaan yang diimpikan..
hanya padaMu ku bermohon dan bersyukur.
-JePP-
MoIS, MY
No comments:
Post a Comment